KFA yakin tiada masalah dapat lesen beraksi sebelum 31 Oktober

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) yakin usahanya untuk mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan ia beraksi dalam Piala AFC musim depan tidak akan menghadapi masalah.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata pihaknya melakukan segala yang boleh termasuk memohon bantuan Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) bagi memastikan usaha KFA berhasil.

“Kita lakukan semua yang terbaik untuk mendapatkan lesen sebelum tarikh akhir iaitu Oktober ini. Setakat ini kita tidak mempunyai masalah memandangkan KFA telah melepasi audit pertama oleh AFC pada Jun lalu.

“Cuma ada beberapa aspek yang perlu kita perbaiki dan kami yakin semuanya akan selesai sebelum tarikh akhir yang ditetapkan AFC, ” katanya kepada pemberita di tapak Kompleks Litar Sukan Bermotor di Bandar Amanjaya dekat sini, hari ini.

Isu lesen tersebut timbul apabila Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa hanya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dapat beraksi di kejohanan Piala AFC memandangkan Kedah tidak mempunyai lesen kelab tersebut.

Kedah layak secara automatik ke Piala AFC 2018 selepas muncul Juara Piala FA 2017. Sebelum ini hanya JDT pencabar dari Malaysia pada pertandingan bola sepak berstatus kelab kedua berprestij di Asia itu.

Bagaimanapun, KFA perlu terlebih dahulu mendapatkan lesen tersebut memandangkan AFC telah mengubah peraturannya baru- baru ini dengan mewajibkan semua pasukan yang bertanding di kejohanan anjuran AFC mempunyai lesen kelab AFC bagi saingan musim 2018.

Setakat ini hanya JDT yang mempunyai lesen kelab AFC daripada 22 pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia. – Bernama​ 

KLIK BACA ===]> Amri ketawa besar selepas melihat SR9 dan tarmizi paksa beliau keluar cepat berbaki tinggal 3 minit [PECAH PERUT] 

KLIK BACA ===]>Walaupon namanya tiada senarai , Saya tetap datang kem skuad b22 – Beto [DEMI NEGARA]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s