SUKAN SEA : Saingan sengit tiga penjaga, hanya rebut dua slot sahaja 

Tiga penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara berdepan persaingan sengit untuk menambat hati jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, bagi menempatkan diri dalam senarai akhir 20 pemain untuk beraksi di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur.

Ketika ini, Ifwat Akmal Che Kassim, Amierul Hakimi Awang serta Muhammad Haziq Nadzli merupakan tiga penjaga gol bagi merebut dua slot dalam pasukan.

Meskipun hanya Ifwat dan Amierul yang beraksi dalam saingan kelayakan Kejohanan AFC di Bangkok, tiada jaminan buat kedua-duanya untuk kekal dalam senarai akhir.

Kim Swee merancang untuk membariskan dua penjaga gol sahaja berdasarkan pencapaian terbaik yang dipamerkan sepanjang bersama pasukan negara.

“Saya menganggap rezeki buat saya selepas dipanggil pada saat-saat akhir untuk ke Bangkok.

“Selepas pulang dari sana, keyakinan saya semakin meningkat,” kata penjaga gol Terengganu, Amierul.

Jika dilihat prestasi sewaktu dalam saingan kelayakan Kejohanan AFC di Bangkok tempoh hari, Ifwat dan Amierul masing-masing mempunyai sentuhan tersendiri dalam memastikan gawang negara tidak bocor.

“Kecederaan saya sudah pulih sepenuhnya tetapi terpulang kepada jurulatih untuk membuat pilihan.

“Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah,” ujar Ifwat yang mewakili pasukan Kedah dalam saingan tempatan.

Haziq yang tidak ke Bangkok kerana komitmen bersama majikannya, Johor Darul Ta’zim (JDT), masih menganggap peluangnya cerah untuk mengisi salah satu slot.

“Saya akan bermain dengan sepenuh hati. Lagipun, kami bertiga telah bersepakat untuk memberikan aksi terbaik dan menganggap ia adalah rezeki buat sesiapa yang terpilih nanti,” katanya.

Senarai akhir 20 pemain akan diumumkan selepas Kim Swee membuat penilaian terakhir dalam sesi latihan tertutup hari ini.​

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s